Wednesday, August 26, 2009

Kem Ramadhan 2008

Abu Bakar as- siddiq Si niaga kain

Selepas Nabi Muhammad wafat, Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Walaupun dilantik menjadi khalifah, Abu Bakar masih terus masih berniaga bagi menyara kehidupan keluarganya.

Hari itu adalah hari selepas Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Abu Bakar bersiap-siap berniaga kain. Kain-kain itu dibawanya ke pasar. Semasa dipertengahan jalan, Abu Bakar terjumpa sahabatnya yang bernama Umar.



Selepas Umar melihat kelibat Abu Bakar, Umar berasa hairan. "Bukankah Abu Bakar sudah dilantik menjadi khalifah. Mengapa beliau masih lagi berniaga di pasar?" kata Umar bersendirian. Umar memang mengetahui bahawa Abu Bakar adalah seorang peniaga.



Tanpa berlengah lagi, Umar terus bertanya kepada Abu Bakar. "Adakah kamu mahu ke pasar?"



"Ya, Saya perlu berniaga pada hari ini bagi mencari rezeki," jawab Abu Bakar sambil memegang kain-kain yang mahu dijualnya itu.



Umar menjadi semakin hairan dan bertanya. "Sekiranya kamu masih sibuk dengan perniagaan awak itu, siapakah yang akan melaksanakan tugas sebagai seorang khalifah?.



Lalu Abu Bakar menjawab,"Saya perlu mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga saya. Sekiranya saya tidak berniaga seperti ini, saya tidak menyara kehidupan keluarga saya. Siapa yang perlu membantu saya mencari rezeki?"



Selepas mendengar penjelasan Abu Bakar, Umar terus mengemukakan ideanya. Umar mencadangkan supaya mereka berjumpa ketua pegawai baitulmal iaitu Abu Ubaidah al-Jarrah.



"Mari kita berjumpa dengan ketua pegawai Baitulmal iaitu Abu Ubaidah al-Jarrah supaya mendapat wang sara diri daripada baitulmal," kata Umar kepada Abu Bakar.



Mereka berdua berjumap dengan pegawai tersebut. Sampai sahaja di sana, Abu Ubaidah berkata "Wang sara diri yang saya berikan kepada Abu Bakar serupa dengan wang sara diri yang diterima oleh orang yang layak menerima bantuan. Tiada lebih atau kurang"



Bermula dari hari itu, Abu Bakar wang sara diri daripada baitulmal. Beliau juga menumpukan sepenuh masanya menguruskan negaranya. Beliau tidak lagi menjalankan perniagaannya.

Pada suatu hari, isteri Abu Bakar teringin makan makanan yang enak. Pada waktu itu, Abu Bakar tidak mempunyai bagi membeli membeli makanan.Kehidupan mereka sekeluarga hanya bergantung pada wang bagi wang sara diri yang diberikan oleh pihak baitulmal.

Isterinya mendapat satu idea,"Saya cuba bahagikan wang sara diri yang kita dapat ini sedikit demi sedikit. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Apabila wang itu sudah cukup , saya dapat membeli makanan yang saya idam-idamkan itu.





Kemudian Abu Bakar menjawab," Saya setuju dengan pendapat kamu itu'.





Lama-kelamaan, wang yang disimpan oleh isterinya semakin banyak. Wang itu sudah melebihi daripada keluaraga keluarganya





"Isteriku, saya rasa elok kita kembalikan semula wang yang terlebih itu kepada pihak baitulmal", kata Abu Bakar kepada isterinya.



Isteri tidak membantah suruhan suaminya itu. Malah, Abu Bakar turut meminta pihak baitulmal mengurangkan bayaran sara diri yang diperolehnya itu.

Begitulah kehidupan seharian Abu Bakar. Hasil usahanya menjadi peniaga mendatangnya pendapatan yang cukup bagi menampung keperluan keluarganya.

Menurut anaknya aisyah, selepas ayahnya meninggal dunia, ayahnya meninggalkan seeokor unta betina, sebiji mangkuk dan seorang orang gaji. Malahan, ayahnya juga pernah berpesan supaya menyerahkan kebun kurma yang dimilikinya kepada baitulmal. Abu Bakar berbuat demikian kerana beliau mahu menggantikan semula wang sara diri yang diterimanya daripada baitulmal selama beliau menjadi khalifah.

Sunday, August 23, 2009

Kem Ramadhan 2009









Selamat Bersua

KRH Kidurong Bintulu mengucapkan selamat datang kepada anda semua dan selamat berberjumpa.

Laman blog ini adalah jambatan silaturrahim untuk ahli KRH Kidurong dan kawan-kawan seperjuangan.

Cadangan dan komen dari kawan-kawan sangat kami hargai bagi memperelokkan blog kita ini. Sebelumnya kami mengucapkan jazakumullahi khairan katsiran.

Selamat berkenalan